Sunday, July 17, 2011

2 weeks Slim Challenge: Rules Part 4 (Conclusion)

Ni sambungan 2 Weeks Slim Challenge-Rules Part 3
Sila baca siri ni dari awal ye 4x Peknen 4x Berat Badan Melebihi 70kg

"Minum air kosong lebih dari 1.5L sehari kerana ia akan membantu mempercepatkan penurunan berat badan dan kita rasa bertenaga!  Tapi ramai rakyat Malaysia tak suka minum air kosong dengan alasan malas nak pergi buang air kat toilet?  Sedangkan air kosong bukan setakat untuk turunkan berat badan tapi ingat tau... yang lebih penting ialah mencuci buah pinggang kita! Kalau nak lagi cepat berat turun, minumlah AIR ALKALI ANTIOKSIDA BIOCERA (klik SINI untuk info BIOCERA).  Sebab bila kita minum air alkali antioksida ni, kita dapat buang asid dari badan kita...Segala penyakit sebenarnya berpunca daripada kandungan asid yang tinggi dalam badan!"
***2 BENDA PENTING UNTUK BERJAYA dalam 2 WEEKS SLIM CHALLENGE : 1)NESTLE FITNESSE 2)MINUM AIR KOSONG SEKURANG-KURANGNYA(kalau lebih lagi bagus!) 1.5L SEHARI
Mohon maaf banyak-banyak....lama tak sambung update entry....Entry yang ni adalah kesimpulan macamana nak buat 2 Weeks Slim Challenge dengan NESTLE Fitnesse yer...sebab tu entry ni panjanggggg....kui..kui..kui...lepas 2 weeks slim challenge ni, berat dah turun kan (kalau ikut betul2 mesti turun!!!)...tapi kalau rasa nak turun berat lagi, teruskan sambung untuk lagi 2 weeks ke sebulan ke...peh tu nanti saya akan ajar cara nak maintain berat pulak....
PERINGATAN: Sebelum mulakan challenge ni, TIMBANG BERAT anda di AWAL PAGI (selepas dah poo poo dan pee pee dan belum breakfast)...kalau nak tahu berat kita turun ke tidak, pada hari berikutnya, cuba timbang pada waktu yang sama iaitu di AWAL PAGI (selepas dah poo poo dan pee pee dan belum breakfast...kalau berat hari ini KURANG dari hari sebelum , CONFIRM berat anda dah turun lah tu!


PENTING!:Untuk selama 2 weeks jer....tak lama kan?? Hanya makan NESTLE FITNESSE mengikut jadual makan seperti di bawah dan ELAKKAN DARI PERGI CARI MAKANAN DI KEDAI MAMAK, JANGAN MAKAN NASI LEMAK, JANGAN MAKAN ROTI CANAI dan BUAT SEDIKIT EXERCISE:

1) Breaksfast dengan NESTLE FITNESSE(with LOW FAT milk) + 1 potong buah (elakkan buah PISANG/NENAS) + 1 cawan TEH KURANG GULA (kalau GREEN TEA lebih bagus!) atau 1 cawan KOPI KURANG GULA


***Kalau rasa lapar antara waktu Breakfast ke Lunch atau dari waktu Lunch ke Dinner, MINUM AIR KOSONG (sebab kan nak cukupkan AT LEAST 1.5L!) atau makan buah epal@ makan SALAD macam gambar bawah ni...boleh juga minum YOGHURT (LOW FAT yer)...Ingat, 2 WEEKS jer nak seksa nye pun....kui..kui..kui..
Tapi INGAT TAU...dressing tu (contoh: 1000 Islands) tak boleh banyak2...letak SIKIT jer...

2) Lunch ni jer makan berat sikit...tapi kena diet SEIMBANG...kena ada ikan/ayam/daging dan sayur (2-3 jenis)..PORTION dalam 1 kotak polisterin @ 1 pinggan makan tu: 2-3 jenis SAYUR = 3/4 POLISTERIN/ PINGGAN, IKAN/AYAM/DAGING BAKAR/PANGGANG/SUP = 1/4 POLISTERIN/PINGGAN, NASI = 1/2 daripada SUKU POLISTERIN/ PINGGAN atau SECOIT (2 sudu) jer lagi bagus!
***Elakkan kuah masak lemak atau apa-apa kuah yang sewaktu dengannya!

TIPS: Mulakan dengan minum SEGELAS AIR KOSONG, kemudian makan sayur sampai habis dahulu, diikuti ratah ikan/ayam/daging. Nasi tu last sekali, sebab bila dah makan sayur tu banyak dan dah minum air sebelum makan tu memang dah kenyang....
Kalau pilih menu sup ayam @ sup daging @ sup sayur, DAHULUKAN makan sup-sup ni yer...ibarat macam air ler...kena minum sebelum start makan...kemudian nanti, mungkin nasi pun dah tak larat makan...

Contoh-contoh menu LUNCH:
a) 3 jenis Sayur (3/4 polisterin) + tempe goreng (1/4 pulisterin) + nasi (2 sudu)



b) 3 jenis sayur (3/4 polisterin) + 1 ekor Ikan Kembung BAKAR + Nasi (2 sudu)

3) Dinner (PERINGATAN: Waktu dinner yang terbaekkk ialah SEBELUM WAKTU MAGHRIB) dengan NESTLE FITNESSE (with LOW FAT milk)+ SALAD (macam gambar kat atas tadi) atau LOW FAT YOGHURT

Last sekali, BUATLAH EXERCISE yang simple jer macam entry saya yang lepas iaitu klik kat EXERCISE CARA SANTAI ...kalau yang heavy, lagi cepatlah berat turun...tapi konsep 2 Weeks Slim Challenge saya ni, adalah TURUNKAN BERAT SECARA SANTAI....

Oleh itu, kesimpulannya sebelum mulakan:
1) Uolls baca balik semua ENTRY 2 WEEKS SLIM CHALLENGE ni dari entry teman yang awal yer! Cuba ingatkan segala TIPS dan PERINGATAN yang telah diberi...
4x Peknen, 4x berat badan melebihi 70kg tapi, 4x slim..Nak Share rahsia saya tak???: Intro
Nak Slim - Part 1: Kenapa Nak Slim?
Nak Slim-Part 2: Apa yang Uolls perlu buat persediaan?
Nak Slim-Part 3: Macam mana Nak mula?
Nak Slim-Part 4: Macam mana Nak mula?
2 weeks Slim Challenge: Rules Part 1
2 weeks Slim Challenge: Rules Part 2
2 weeks Slim Challenge: Rules Part 3 
2 weeks Slim Challenge: Rules Part 4 (Conclusion)
2) Uolls MESTI NEKAD DAN KUAT SEMANGAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
3) Uolls MESTI MINUM BANYAK AIR KOSONG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Tak mengapa kalau berulang ke toilet untuk pee pee...sebab lemak-lemak tu dibuang melalui perkumuhan ok!
4) Cara terbaik untuk berjaya ialah sekurang-kurangnya ajar keluarga uolls DINNER selain dari NASI!Itu dah satu kejayaan besar tau....ingatlah, kalau nak sihat, biar SATU KELUARGA SIHAT...bukan kita sorang jer tak de gunenyer..percayalah...

I WISH UOLLS BEST OF LUCK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!See uolls 2 weeks from now dengan BERAT BADAN UOLLS yang LEBIH RINGAN! xxoo....


Monday, July 4, 2011

2 weeks Slim Challenge: Rules Part 3

Sila baca siri ni dari awal ye 4x Peknen 4x Berat Badan Melebihi 70kg


"Bagi uolls yang bekerja, percayalah cabaran untuk lose weights adalah lebih besar!  Sesiapa yang tak bekerja sebenarnya lebih mudah nak lose weights..."

Ni plak perkara-perkara yang uolls kena(MESTI) buat dalam tempoh 2 minggu cabaran slim ini:

1)  Pastikan uolls dapat tidur MALAM yang mencukupi...7-8jam...kalau tak cukup tidur akan mengganggu proses penurunan berat badan tau;

2)  Exercise...apa-apa sahaja aktiviti asalkan keluar peluh...tak semestinya nak kena pegi gym@jogging kat taman....buat yang simple jer...misalnya:
  • Amalkan pantang jumpa tangga je, LARI ANAK semasa mendaki tangga...tangga rumah ke, tangga parking ofis macam ni ke....yang teman buat, satu hari = 10 set turun-naik tangga dalam rumah teman (1 set = naik+turun tangga)...Memula buat memang uolls rasa berat jer badan...tapi kalau dalam 2 weeks ni buat setiap hari, mesti akan rasa ringan!Ingat, sekali lagi uolls kena KUATKAN SEMANGAT!!!!!!!!!!Tengok balik baju size kecik idaman uolls nak pakai raya ni bila uolls rasa down, ok!(Kaedah ni terutamanya untuk sesiapa yang nak lose bahagian bawah badan)
  • Uolls baring, dan bagi anak duduk kat atas perut uolls masa tengok tv...cium anak sebanyak 20 kali atau lebih dari kedudukan baring - ni dah jadi sit-up tau, di samping itu anak pun suka dapat main dengan uolls....
  • Lepas solat, baring & buat sit-up 10x...so, 10 x 5 waktu solat dapatlah 50 sit-up sehari? simple jer kannn...
  • Yang ni dalam rancangan Oprah yang cakap yer...kerap lakukan seks boleh lose weights? ni exercise paling simple le ni...kui..kui..kui...ehem, tiada komen selanjutnya!(AMARAN: Ni untuk mereka yang telah bernikah sahaja yer!)
3)  Minum AIR KOSONG SEKURANG-KURANGNYA 1.5L SEHARI, kalau minum lebih dari 1.5L lagi bagus! MINUM SEMASA PERUT KOSONG DAN SEBELUM MAKAN ...lapor jer, minum air kosong tu kalau belum tiba waktu makan tau...
Nila rahsia teman turunkan berat dengan cepat sebenarnya! Isi le air dalam botol macam gambar bawah ni dan cuba uolls try bezakan minum air dalam botol dengan  dalam cawan?  Bagi teman, minum dalam botol lebih sedap tau! Dan kita boleh tau sama ada kita dah minum cukup air atau tidak setiap hari....Minum air kosong ni tersangatlah penting, bukan setakat nak cepatkan proses pembakaran lemak dan penghadaman, tapi memang diperlukan oleh buah pinggang kita untuk mencuci2....
Walaupun kita dok dalam opis sejuk dalam air-cond, tapi kita TETAP KENA MINUM CUKUP AIR KOSONG WALAUPUN TAK RASA DAHAGA tau...ingat tu..macam teman, teman lebih banyak minum air kosong semasa teman di ofis berbanding di rumah...tapi masalah rakyat Malaysia ni kan, memang malas nak minum air kosong atas satu alasan yang sama: MALAS NAK PEGI TOILET BANYAK KALI! SEDANGKAN, BILA KITA MEMBUANG TU LA BAGUS....segala lemak tu dibuang melalui perkumuhan...bila kita jalan jauh ke toilet tu kan dah kira bakar lemak gak...so, baguslah kalau buang air kecil...dan bila kita minum air yang cukup, kita senang nak buang air besar..tak de le asid tertinggal kalau tak membuang air besar berhari-hari akan bawa kepada penyakit lain?

Tapi nak share sikit, teman bukan minum air kosong biasa, tapi AIR ALKALI ANTIOKSIDA BIOCERA yang ditapis dalam jug tu......bukannya apa, air BIOCERA ni tak macam air kosong biasa sebab rasanya lebih sedap...kekadang kalau kita masak air paip biasa, air kosong yang kita minum tu rasa besilah, rasa yang tak berapa sedaplah katakan...tapi BIOCERA ni memang sedap..dulu teman pun tak suka minum air kosong, tapi sejak jumpa BIOCERA jer, memang satu botol besar ni dibawa ke mana-mana...Anak2 pun bila keluar jalan-jalan, dalam rumah atau pegi sekolah mesti bawa satu botol masing-masing...opsss..promo sikit, leh? pi kat album Facebook JUG BIOCERA teman le kalu nak tau maklumat seterusnya dan testimoni nyer ye. 
Kalau tak de air BIOCERA pun tak pe....air kosong memang tetap kena minum lebih dari 1.5L okay?  Sebab kalau minum BIOCERA jer, tapi kalau tak kawal makan tak betullah caranya kan...

Esoklah sambung.....I'm sory....

Friday, July 1, 2011

Tips Mendidik Anak-anak: Erti Sebutir Bintang...


Hari Rabu last week (22.06.2011) teman nengok le rancangan tv kat NTV7 pukul 8.30 pm...nama rancangan tu NANNY RESCUEE 911...best rancangan ni, ada banyak tips kita boleh apply kat anak-anak kita tau...dedulu teman nengok le rancangan Super Nanny yang sangat fofular kat Australia...tapi teman apply sikit-sikit je le sebab masa tu 3Am kecik lagi....

Family yang Nanny tu tolong kali ni ada 3 boys, yang kecik je baby girl.  Anak-anak family ni, nak tidurkan diaorang malam-malam pun susah, tiap-tiap malam daddy nya kena bawak naik van ronda-ronda, baru tidur...peh tu anak lelaki yang kecik tu suka sangat keluar rumah larik ke tepi jalan tanpa disedari oleh mak ayahnya...sorang lagi suka benor nyonteng dinding rumah, dan semuanya anak-anak ni yang control parent deme....Nanny tu dok rumah tu seminggu jer, semua masalah settle...

Kebetulan 3Am pun nengok rancangan tu sama-sama....nanny tu ajarlah cara beri STARS (Bintang) bagi setiap perlakuan baik budak-budak tu....so, teman nanyele 3Am, apa kata kita pun buat cenggini nak tak? sape buat benda elok, Mak Tambah 1 Bintang, sape wat perangai tak elok Mak Tolak 1 Bintang...So, semua setuju, teman pun buatle jadual markah Bintang tu macam gambar ni....Untuk percubaan, teman buat le untuk 3 hari je, dari hari Khamis (24hb) sampai Sabtu (25hb)...Challenge dan Reward nyer: Siapa dapat kumpul lebih dari 10 Bintang dalam tempoh 3 hari ni, hari Ahad dapat ikut ayah pegi swimming...3Am memang sukalah dapat pegi kolam renang kan...So, hari pertama sahaja apply cara ni, hasilnya sangatlah menakjubkan!!!! Hasil yang paling best (satu perkara yang dapat menolong mengurangkan kerja maknya) ialah 3Am sanggup basuh pinggan masing-masing lepas guna termasuklah Aamir yang sanggup basuh botol susu! (tapi yang kelakornya, Aamir basuh bahagian luar jer...kui..kui..kui..)..Dan masing-masing menangis kalau kena potong bintang!

Bahagia sungguh teman rasa, sebab idak le pinggan tu asyik berlonggok, selalunya basuh macam tak habis-habis je ada balik pinggan ke cawan ke kat dalam sinki tu...
Untuk minggu ni, teman terpaksa up kan jumlah bintang yang nak dikumpul sebab dah makin cepat 3Am kumpul!Challenge minggu ini ialah kumpul lebih dari 20 bintang, Reward: Boleh beli 2 buku kat kedai buku weekend nanti! Pagi tadi, masing-masing dah capai target, tapi tak tau le kut malam ni dan esok ada bintang yang kena potong???Kui..kui..kui...
 
Malam tadi, lagi senang nak minta tolong...sebab maknya sakit kaki bengkak...3Am tolong sediakan bahan masakan...meehun goreng Seri Aji jer pun....kui..kui..kui....tapi okla, semua turun dapur!Sebab deme yang masak, banyak le deme makan...peh tu siap basuh pinggan..yahuu!

Pa...............ling best, teman sebagai Mak dah tak payah nak marah-marah 3Am lagi!Hu..hu..cakap jer nak potong bintang, cepat-cepat 3Am buat apa yang diminta...Dalam 3 orang ni, yang paling ketara improved ialah budak dalam gambar ni:
AAMIR (3 tahun setengah)!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kalau tidak, nak mandi pagi punyalah susah...orang Aussie le katakan..memang dari sejak balik M'sia Aamir takut air sejuk..tapi, hari pertama perkenalkan bintang, macam tak caya je pagi-pagi Aamir terus je masuk bilik air mandi shower!!!

So, ibu-ibu yang nak try cara ni berikut adalah panduannya:
  • Bincang dengan anak-anak sistem bintang yang nak diperkenalkan...jelaskan RULES, CHALLENGE (mulakan dalam 10-15 bintang ikutla untuk berapa hari yang sesuai dengan keupayaan anak) REWARD (yang simple je, asalkan yang anak-anak suka, elakkan yang melibatkan jumlah kos $$ yang besar )
  • Sediakan carta bintang (sistem lekat-lekat pun boleh, teman guna whiteboard jer)
  • Setiap perbuatan baik anak, tambah 1 bintang...kalau buat perangai tak elok je, tolak 1 bintang...masa nak tambah dan tolak tu, kena jelaskan apa perbuatan baik/buruk yang deme buat (termasuk ketika berada di luar rumah macam pegi shopping ke, tapi balik tu kena terus update carta bintang ler)
  • Tunaikan reward yang dijanjikan (kalau tak ditunai akan meranapkan usaha anak-anak sepanjang minggu tau...nanti deme dah maleh pulok!)
Kesimpulannya, anak-anak ni, 2 benda ni sangat penting bagi mereka: Mereka hanya nakkan PERHATIAN dan PENGHARGAAN ! Bila kita alert dengan perbuatan baik/buruk mereka, itu maknanya kita beri perhatian dekat deme...Bila kita bagi bintang, itu lah penghargaan yang mereka nak...


SELAMAT MENCUBA!GOOD LUCK!