Monday, June 20, 2011

Nak Slim-Part 2: Apa yang Uolls perlu buat persediaan?

sila baca siri ni dari awal ye 4x Peknen 4x Berat Badan Melebihi 70kg
  • Biasanya kaum wanita lebih concern tentang nak lose weights....masing-masing ada sebab tersendiri kannn?  Kalau uolls seorang isteri, perkara pertama kena buat ialah MINTA IZIN SUAMI....

bagi suami faham, kenapa uolls nak lose weights?? Ini supaya suami tak jadi EVIL...maksudnya, time uolls tak mo makan fast food atau mengeteh di waktu malam tapi tetiba hubby ajak...kan dah tergoda tu? sedangkan uolls serba-salah, tak mo pegi temankan, takut hubby kecik ati...kalu pegi, takut tergoda!Begitu juga dengan ahli keluarga lain tak kiralah anak-anak ke, mak ayah ke, FIL/MIL ke....kena bagi semua faham uolls sedang mengusahakan MENURUNKAN BERAT BADAN.....supaya bila uolls pegi rumah mereka, tak le mereka perli-perli ke, kecik ati ke kalau uolls makan sikit jer makanan yang diaorang masak?

Paling bagus jika uolls dapat ajak suami dan anak-anak sama-sama amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat! Yalah, logik ke misalnya kalau sama-sama makan tengahari satu meja, Si Ibu tak makan benda-benda tak berkhasiat....tapi dalam masa yang sama suami dan anak-anak diberi pulun makanan tak berkhasiat? Akhirnya apa jadi? Si Isteri sorang je sihat, suami dapat penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis, perut buncit dll....kannnn???

Mesti ramai yang kata "Tapi, bab nilah yang pa..........ling susah bagi kaum Ibu!Sebab kita kan tukang masak?????Makanan tak habis, kitalah yang tolong habiskan sebab kesiannn...." Ha...kat sinilah point teman, sebab kita ni yang tukang masak makanan keluarga dan sebab kita yang tukang soping groceries....so sebenarnya KITA BOLEH ubah gaya pemakanan sekeluarga!

Actually, semuanya bermula bila kita pi soping groceries...contohnya tapiskan dulu junk junk food, gula-gula, air gas dll tu..mula-mula kurangkan, lama-lama boleh tak payah beli langsung tau...so secara tak langsung, benda-benda yang kita tak mau makan, dah tak de kat rumah!  

Dan apabila memasak, kita kena bajet banyak mana nak masak supaya nanti makanan tak habis, kita tak le jadi sweeper!

  • Untuk memulakan program slim ni juga, uolls kena la ada WEIGHT SCALE.....The best is yang DIGITAL sebab kita boleh tengok berat dengan lebih tepat....

No comments:

Post a Comment