Monday, June 27, 2011

2 weeks Slim Challenge: Rules Part 2

"LOSING WEIGHTS NOT ONLY ABOUT NUMBERS....
BUT ITS ALL ABOUT CHANGING YOUR LIFESTYLE!"

Ni sambungan 2 Weeks Slim Challenge: Rules Part 1:
Sila baca siri ni dari awal ye 4x Peknen 4x Berat Badan Melebihi 70kg

4) Untuk 2 WEEKS sahaja...tak lama....2 WEEKS jer........kalau bulan puasa pun 4 weeks kan...so mesti boleh kannn!!!!!!!Untuk 2 weeks jer, please JANGAN dan SAY NO TO perkara-perkara ni:

  • 2 jenis makanan yang MESTI uolls TAK MAKAN = JANGAN MAKANNNNN tau!!!!!: NASI LEMAK  dan  ROTI CANAI - sebab teman dah buat dah..kalau makan 2 jenis makanan ni, memang berat naik mendadak! Trust me ok?

  • JANGAN MINUM TEH TARIK, AIR GAS, AIS....ala, 2 weeks je tanpa semua ni..mesti buleh la my dear...sonang je!

  • JANGAN MAKAN BUAH PISANG, NENAS, TEMBIKAI sebab buah-buah ni tinggi kandungan gulanya....lebih banyak gula uolls amik, berat susah nak turun la my dear....

  • JANGAN KE KEDAI MAMAK - sebab bila pegi kedai mamak mesti uolls tak tau nak order makanan lain selain roti canai@mee goreng mamak dan teh tarik kannnnn??? 2 weeks jerrrrr tak pegi kedai mamak...bayangkan uolls akan jumpa bulu tangan mamak kat dalam roti canai @ teh tarik tu!mesti uolls tak mo pegi!kui..kui..kui...

  • JANGAN MAKAN MAKANAN YANG BERGORENG dan MASAK LEMAK (BERSANTAN) tapi BANYAKKAN MAKAN SUP - sup sayur ke, sup ayam ke...minum sup tu macam minum air, so uolls akan cepat kenyang...ni bagus apa, leh ajak anak-anak sekali hirup sup!
....to be continue...

2 weeks Slim Challenge: Rules Part 1

Sila baca siri ni dari awal ye 4x Peknen 4x Berat Badan Melebihi 70kg

Sorry ye, dah 2 hari tak sempat update...kalau kat rumah memang tak sempat le uolls...super bz mom le katakan....kui..kui..kui....

Program nak Slim ni adalah 2 WEEKS CHALLENGE jer.... yang teman pernah buat teman start sebaik sahaja habis berpantang.  Teman cuti bersalin 90 hari, so selepas 30 hari, terus sahut cabaran 2 weeks FITNESSE ni...sebab dah nak naik keje, takut baju tak muat...kui..kui..kui...Disebabkan baru bersalin maka senanglah nak ikut rules challenge ni sebab masih berpantang makanan kannn....Berikut adalah catatan kehilangan berat badan teman:
  • Sebelum bersalin (23.11.2010) =  72.0 kg
  • Berat Baby                               =  2.53 kg
  • Anggaran berat selepas bersalin=  68.0 kg
  • Day 31                                    =  63.0 kg
**Lose 5kg in 1 month ...ni biasalah, kan dalam pantang macam-macam tak boleh dan penat jaga baby kannn...So, selepas ni yang start makan FITNESSE
  • 1 month after FITNESSE             =  59.7kg
**Lose 3.3 kg in 1 month




  • 5 months after FITNESSE =  53.0 kg
    ** Lose 6.7 kg in 5 months







So, berikut adalah RULES bagi 2 WEEKS FITNESSE CHALLENGE ni ye:

1) Breakfast dengan FITNESSE - ikut macam arahan di kotak tu



2) Lunch dengan SAYUR-SAYURAN LEBIH, NASI SECIPUT jer...contohnya macam ni:

  • Ikan Kembung Bakar bersama cicah asam
 
  • Nasi SECIPUT + sayur-sayuran pelbagai jenis





Atau pun macam ni: **Nampak tak betapa seciput nye nasi itu????
** TIPS : 
  •  NASI HANYA SECIPUT (Sebab dalam diet seimbang kita tetap perlukan Karbohidrat)
  • MAKAN SAYUR-SAYURAN DAN LAUK DAHULU ...nasik makan KEMUDIAN...silap-silap kalau dah kenyang, nasi tu memang dah tak larat nak makan...

3) Dinner dengan FITNESSE - ikut macam arahan di kotak tu

** TIPS : Amek DINNER SEBELUM SOLAT MAGHRIB (antara pukul 6- 7 malam)

Esok sambung lagi yer....I'm sorry...

Friday, June 24, 2011

Nak Slim-Part 4: Macam mana Nak mula?

ni sambungan Nak Slim-Part 3: Macam mana Nak mula?......
sila baca siri ni dari awal ye 4x Peknen 4x Berat Badan Melebihi 70kg

6) Pegi beli ni kat Supermarket

 Ada beberapa jenis, tapi yang sedap yang FRUIT nilah sebab ada sultanas....ataupun yang ada ALMOND

 
Susu Low Fat yang HL ni teman recommend sebab sedap...bagi teman le...


Harga offer kalau kat Carrefour (Kat Putrajaya kedai lain tak jumpa...Mydin pun tak de...tak tau nape) = RM10.99...

Cereal ni teman tau dari rancangan BIGGEST LOOSER ASIA...recommended by the trainer...


 Satu kotak tu boleh tahan untuk stok 5-7 hari ikut banyak mana uolls makan ler...

7) Uolls perlu ada satu botol besar sekurang-kurangnya macam ni 1.5L atau lebih besar untuk isi AIR KOSONG...Kalau nak saiz lebih kecik sebab segan nak bawa botol besar, kalau botol kecik 500ml, pastikan kat office uolls ada 2 botol, kat rumah ada sebotol, so jumlahnya jadi 1.5L gak...Sebab apa kena ada botol ni??? Ini sebenarnya sa..........................ngat penting!


Tengok kat bawah ni:
Nanti akan diceritakan juga naper air kosong ni diperlukan dalam program ni, ok...

Wokey...lepas keje ni pi beli ye....esok teman sambung MEAL PLAN nyer....bos dah panggil!!!
I'm sorry....kui..kui..kui...

Thursday, June 23, 2011

Nak Slim-Part 3: Macam mana Nak mula?


Sila baca siri ni dari awal ye 4x Peknen 4x Berat Badan Melebihi 70kg

Dah ready ke uolls nak mulakan program slim ni??? Are u sure????
Ada berani???? Kui..kui..kui....

Kalau betul dah ready, ingat KUATKAN SEMANGAT!!!!!!!!!!!!

Ok, uolls kenalah buat seperti dalam checklist neh:

1) Beli satu baju atau seluar yang PALING MAHAL dan PALING CANTIK yang uolls berkenan sangat-sangat nak pakai bila uolls dah slim tapi mestilah berSAIZ KECIL DARI SAIZ BAJU/SELUAR YANG UOLLS PAKAI SEKARANG  atau;
Keluarkan dari almari uolls satu baju atau seluar LAMA BERSAIZ KECIL yang uolls nak pakai balik lepas uolls slim!  Misalnya baju kebaya masa uolls nikah ke....seluar jeans masa uolls bujang ke....
Peh tu,
Gantungkan baju @ seluar yang uolls pilih ni kat tempat yang uolls akan hari-hari tengok....
misalnya kat tepi cermin muka ke yang uolls akan tengok masa bersiap nak pegi kerja?

TUJUAN : Bila uolls rasa down, hilang semangat nak teruskan program slim ni, uolls tengok le baju/seluar ni untuk naikkan balik semangat yang hilang tu.....Dan baju/seluar ni akan uolls test nak tengok ada lose weights ke tak nanti....

2) Timbang berat badan uolls PADA AWAL PAGI iaitu selepas uolls dah poo poo dan pee pee dan belum breakfast atau minum air....sebab, kalau sebelum poo poo berat uolls akan lebih dalam range 200g tau...dan sebelum uolls pakai baju....he..he..sebab kalau bertowel pun boleh naik berat tu sampai 500g tau! Peh tu catatkan di dalam BUKU CATATAN uolls.

3) Dapatkan berapakah BERAT IDEAL uolls...Lor.... tak tau tak per...meh pegi website ni http://www.halls.md/ideal-weight/body.htm masukkan ketinggian anda (tanpa memakai kasut) dan berat, umur dan jantina uolls.


4. Dari maklumat ni, uolls dah boleh taulah berapa berat keseluruhan uolls target nak lose weights? Dalam contoh orang yang tingginya 151cm, kalau berat orang tu sekarang  = 66kg, paling kurang dia kena turunkan 9kg lah....

5. Peh tu, tetapkan berapa KG nak turunkan dalam tempoh 2 weeks? Kalau peserta dalam Biggest Looser boleh turunkan 3kg - 5kg seminggu, uolls setlah nak lose 3kg - 5kg dalam 2 minggu misalnya?
Atau uolls target secara keseluruhan, menjelang hari raya pertama tahun ni nak pakai baju size baru (maksudnya dalam tempoh sebulan setengah) uolls nak lose 6kg?

Tuesday, June 21, 2011

Father's Day....Seorang Tua Itu....

Selamat Hari Bapa buat Cik Abang Sayang dan my FIL! Semoga dirahmati Allah swt selalu...terima kasih atas segala jasa kalian...

Buat Cik Abang Sayang, u r the best!Love u soooo much!

Sambut kat katil Atuk je ler....sian my FIL....Kami tak dapat beri segalanya, hanya dapat usahakan apa yang terbaik ikut kemampuan kami sahajalah....Semoga ayah tak rasa keseorangan...


Sedap tul kek ni...abeh program diet teman!!!kui..kui..kui...

Menu breakfast : Pasta Goreng Father's Day!





Monday, June 20, 2011

Nak Slim-Part 2: Apa yang Uolls perlu buat persediaan?

sila baca siri ni dari awal ye 4x Peknen 4x Berat Badan Melebihi 70kg
  • Biasanya kaum wanita lebih concern tentang nak lose weights....masing-masing ada sebab tersendiri kannn?  Kalau uolls seorang isteri, perkara pertama kena buat ialah MINTA IZIN SUAMI....

bagi suami faham, kenapa uolls nak lose weights?? Ini supaya suami tak jadi EVIL...maksudnya, time uolls tak mo makan fast food atau mengeteh di waktu malam tapi tetiba hubby ajak...kan dah tergoda tu? sedangkan uolls serba-salah, tak mo pegi temankan, takut hubby kecik ati...kalu pegi, takut tergoda!Begitu juga dengan ahli keluarga lain tak kiralah anak-anak ke, mak ayah ke, FIL/MIL ke....kena bagi semua faham uolls sedang mengusahakan MENURUNKAN BERAT BADAN.....supaya bila uolls pegi rumah mereka, tak le mereka perli-perli ke, kecik ati ke kalau uolls makan sikit jer makanan yang diaorang masak?

Paling bagus jika uolls dapat ajak suami dan anak-anak sama-sama amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat! Yalah, logik ke misalnya kalau sama-sama makan tengahari satu meja, Si Ibu tak makan benda-benda tak berkhasiat....tapi dalam masa yang sama suami dan anak-anak diberi pulun makanan tak berkhasiat? Akhirnya apa jadi? Si Isteri sorang je sihat, suami dapat penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis, perut buncit dll....kannnn???

Mesti ramai yang kata "Tapi, bab nilah yang pa..........ling susah bagi kaum Ibu!Sebab kita kan tukang masak?????Makanan tak habis, kitalah yang tolong habiskan sebab kesiannn...." Ha...kat sinilah point teman, sebab kita ni yang tukang masak makanan keluarga dan sebab kita yang tukang soping groceries....so sebenarnya KITA BOLEH ubah gaya pemakanan sekeluarga!

Actually, semuanya bermula bila kita pi soping groceries...contohnya tapiskan dulu junk junk food, gula-gula, air gas dll tu..mula-mula kurangkan, lama-lama boleh tak payah beli langsung tau...so secara tak langsung, benda-benda yang kita tak mau makan, dah tak de kat rumah!  

Dan apabila memasak, kita kena bajet banyak mana nak masak supaya nanti makanan tak habis, kita tak le jadi sweeper!

  • Untuk memulakan program slim ni juga, uolls kena la ada WEIGHT SCALE.....The best is yang DIGITAL sebab kita boleh tengok berat dengan lebih tepat....

Sunday, June 19, 2011

Nak Slim - Part 1: Kenapa Nak Slim?

Sila baca siri ni dari awal ye 4x Peknen 4x Berat Badan Melebihi 70kg 

Sebelum teman share cemana caranya teman boleh lose weight yang uolls boleh ikut (kalau sukalah), ada beberapa perkara yang uolls kena sediakan sebelum memulakan program lose weights ni:

Uolls kenalah tau KENAPA uolls nak lose weight neh??? Kalau kita tak tau apa tujuan kita, takut kita tak kuat semangat nak teruskan usaha kita ni tau...untuk lose weights, PALING PENTING IALAH KETAHANAN MENTAL!Semangat kena kuat, kalau rasa x de kekuatan ni, memang uolls susah nak berjaya...

Contohnya uolls nak slim sebab:
  • Susah hamil?
  • Nak cari calon suami?
  • Diperli oleh Suami? Boypren? Family? kawan-kawn?
  • Nak bergaya dengan cutting baru untuk raya ni?
  • Nak nampak vogue masa naik pelamin atau senang carik saiz baju pengantin?
  • Penat panjat tangga kat rumah?
  • Nak berat asal seperti masa bujang? 
  • dll pelbagai sebab lain yang menyebabkan anda NEKAD nak lose weights!
Kalau tanya teman, teman kata nape teman nak slim ni? Nilah antaranya:
  •  Teman nak sihat....teman tak molah kalau ditakdirkan umur panjang, tapi banyak penyakit...susah...dah tua sape nak jaga teman....anak-anak belum tentu boleh jaga sebab masing-masing ada tanggungjawab sendiri...Mungkin ada yang kata, benda ni nasib...elak-elak pun  jadik? Tapi bagi teman, kitakan dah disuruh BERUSAHA....kalau nak kena jugak, nak wat cemana la kan...asalkan kita usaha dan tawakkal jelah...
  • Teman nak anak-anak teman mengamalkan gaya hidup sihat...x molah nanti umur baru 12 tahun dah kena diabetes ke, obesiti ke....kan susah tu? Sebagai seorang ibu, kalau kita tak jadi contoh TELADAN anak-anak, sape lagi kan?
  • Teman tak larat le bawak badan berat2 neh....badan cepat berpeluhlah...sebab teman kena sediakan dan uruskan semua keperluan keluarga (suami, anak 4 orang, FIL) dari awal pagi hingga ke malam hari tanpa maid tau!  Maklumle cik abang sayang teman ulang-alik ke KL...so, teman kena FIT, kalau teman tak fit, susahlah nak uruskan semua ni seharian....
  • Teman paling suka bila slim ni sebab se.........nang sangat nak beli baju!Sebab saiz dah ada, tinggal pilih je...tak payah nak pegi ukur-ukur, tempah-tempah...kui..kui..kui...la ni kan, kalau baju kurung size SS pun boleh...hu..hu...sape jeles angkat tangan????

Tapi nasihat teman, kalau betul-beul uolls nak lose weights, biorlah lose untuk KEPUASAN DIRI SENDIRI.....yang sebab-sebab lain tu hanya pendorong sampingan jer....tap kalau kita buat untuk diri sendiri, best nyer sebab senang jer nak soping baju!Kui..ki..kui...sebab wanita dan soping ibarat lagu dan irama tak leh dipisahkan!hu..hu...

Friday, June 17, 2011

4x Peknen, 4x berat badan melebihi 70kg tapi, 4x slim..Nak Share rahsia saya tak???: Intro

Anak no.2 (tahun 2005) = 76kg lagi ler....Anak no.3 (tahun 2008) = 75.4kg.....Tapi saya nak share yang saya lose weight anak ke4 (tahun 2010) jelah sebab yang terkini kannnn....

Last timbang sebelum bersalin = 72kg (22.11.2010)

3 months jer!
17.06.2011 = 53kg (Selepas 6 bulan lebih bersalin lose 19kg!)...aikkk, tak caye plak? meh nengok weight scale saya yer.....

so, caye tak???
Hmmmm...nak tau macamana tak? ala...esoklah sambung ye...I'm sorry...nakpi amek anak2 kat taska ler....so, jangan lupa FOLLOW BLOG saye tau...saya citer sikit2 le pasal manjang x sempat tau....ca ci cau dulu yer....  

Wednesday, June 8, 2011

Soping Groceries Online jer...sampai depan pintu rumah!!!!

Kengkawan...best la boleh beli groceries online jer!!!!!!!!!!!!!!!!!!jom jengok web ni...

http://www.doorstep.com.my/coverage.php

Boleh idok teman nak nulis surat ni kat boss teman???

Daripada: Azma 
Kepada: Encik Boss
Encik Boss, macam mana saya nak wat keje ni ???? Kontraktor tu sungguh2 telah mengganggu kosentrasi saya nak wat fail-fail neh....Dengan abuknya, dengan bunyi yang mengilukan kontraktor tu gesek-gesek kertas pasir....adeh Boss...
Saya tak sanggup nak tutup mulut seksi saya sepanjang 3 bulan ni la Boss....hilanglah aset saya yang paling berharga cenggini Boss...Alahai..... 
Susahla saya nak makan jajan kegemaran saya ni Boss??? Kalau ngantuk baca fail, jajan nilah yang tulun saya bukak mata Boss...   
Boss....Apa kata, saya wat fail-fail nikat rumah je boleh tak boss? 
Kawan sorang tu dah admitted semalam, jangkitan paru-paru tau...

Sekian, Terima Kasih.

Berkhidmat untuk negara,
Azma

Tuesday, June 7, 2011

Pricewatch!Wah,baguih..baguih...yang bagus saya sokong yer...


kengkawan....meh kita check website neh......

Nota Di Pagi Hari Buat Tuan Punye Kete Neh!

 Hissyyyy...tak sayang kete sungguh orang neh...Chevrolet plak tu!Menyusahkan orang jer pagi2!!!!!!!!!!!!

 Lalu kat kete ni jer, semua kena slow....dah le orang nak punch card!
So, padanlah muka tuannya tu dapat nota pagi2 macam ni:
 AMEKKKKK kau!

Hari ni hari pakai baju Korporat....